Sunday, 11 December 2011

MARI MENGENAL

Sayuran terbahagi kepada 2 jenis iaitu sayuran berdaun dan sayuran berbuah.

Sayuran berbuah mempunyai menyerupai bentuk buah dan ia dikira dengan menggunakan bilangan biji. Seperti timun, tomato, lobak, terung, ubi kentang dan banyak lagi.

timun

terung


tomato
lobak

ubi kentang


Sayuran berdaun pula mempunyai banyak daun dan ada juga dengan batang. Sayuran ini dikira dengan menggunakan bilangan batang atau batang. Seperti sawi, kobis, kangkung, bayam dan banyak lagi.

bayam

kobis

sawi





KEBAIKAN DAN KHASIAT SAYUR-SAYURAN

 Jika diberi pilihan antara makan sayur dan minum jus sayur, pasti ramai memilih minuman kerana rasanya yang lebih enak selepas ‘diubah suai’ dengan mencampurkan sedikit gula atau perahan buah-buahan seperti limau.

Bukan mudah memujuk kanak-kanak untuk makan sayur. Lidah mereka seolah-olah sangat sensitif pada rasa sayur-sayuran. Ada kanak-kanak meluahkan makanan hanya kerana kehadiran cebisan kecil sayur yang dianggap sebagai ‘benda asing’.

Soal kanak-kanak tidak suka makan sayur adalah perkara biasa, tetapi perkara sama juga berlaku pada ramai orang dewasa.

Orang dewasa juga ada banyak kerenah apabila disuruh makan sayur. Ada yang merasakan kebanyakan sayur terasa pahit dan ada pula tidak makan sayur berdaun hijau tetapi tetap mahu ia dimasukkan ke dalam makanan (seperti sawi di dalam mee atau nasi goreng) sekadar untuk mendapat ‘rasanya’.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita mengambil antara 400 hingga 500 gram sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ini bersamaan dengan lima hidangan sayur dan buah iaitu hanya 80 gram satu hidangan.

Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31 peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun di seluruh dunia.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser (secara keseluruhan) dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.

Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.
Jika makan sayur itu payah, antara cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan bekalan serat harian mencukupi ialah dengan melebihkan pengambilan buah-buahan. Namun bagi pesakit kencing manis, pengambilan buah mesti dalam had yang dibenarkan supaya tidak mengganggu kawalan paras gula darah kerana semua buah-buahan mengandungi gula semula jadi.

Untuk membantu meningkatkan pengambilan serat pada kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak suka makan sayur, anda boleh menyediakan jus buah (yang diproses seluruhnya tanpa diasingkan seratnya).





CARA MASAKAN SAYUR GORENG CAMPUR

 






MARI BERHIBUR



No comments:

Post a Comment